loading...

Fazura Dapat 500 Kuntum Mawar Dari Fattah Amin

Boleh tahan juga hadiah yang diberikan oleh Fattah Amin kepada Fazura sempena hari lahir pelakon wanita berkenaan. Mengakui terkejut dengan perkara tersebut, Fazura dalam masa yang sama turut berterima kasih dengan apa yang diusahakan oleh Fattah itu.

BACA: Babak Cium Fattah Amin, Janna Nick Cetus Kontroversi

“Sebelum majlis pelancaran hari ini, Fattah ada menghantar mesej kepada saya untuk mengucapkan selamat maju jaya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir disebabkan terikat dengan penggambaran”

“Hadiah bunga itu memang satu kejutan. Terima kasih Fattah kerana menjadi sahabat yang baik. Ketika saya nampak bunga itu, saya ingat ibu yang berikan, tetapi rupa-rupanya bukan. Pandai dia nak kenakan saya,” jelas Fazura kepada BH Online.

Apa yang pasti, sama ada Fattah mahu pun Fazura, pasangan yang mula digandingkan bersama melalui drama Hero Seorang Cinderella ini ternyata bijak menyusun strategi bagi memastikan nama mereka sentiasa meniti di bibir peminat sekaligus membuatkan industri hiburan tanah air akan sentiasa berbicara tentang mereka. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...