Gara-gara pakaian dan tudung singkat yang digayakan pelakon cilik ini tidak sedap dipandang mata segelintir warga laman sosial, Mia Sara turut tidak terlepas dari kritikan dan juga kecaman mereka. Selain Mia, ibu bapanya turut menjadi sasaran untuk dikecam.
BACA: Tudung Singkat Mia Sara Jadi Kritikan
“Saya mengaku tudung yang dipakai Mia pada malam tersebut agak singkat dan saya terima segala teguran. Namun, bajunya tidak seketat yang anda nampak dalam gambar itu. Kalau lihat secara berdepan, baju itu longgar sahaja”
“Mungkin disebabkan sisi kamera yang mengambil gambar sehingga nampak bahagian dadanya jelas,” jelas bapa Mia, Ridhuan yang turut menyatakan bahawa persiapan yang dilakukan adalah di saat akhir.
Tambahnya, mereka mendapat jemputan untuk hadir pada malam festival itu kurang dari dua minggu dan dalam masa yang sama membuatkan mereka tidak sempat mencari tudung yang sesuai.
“Saya minta maaf jika ada pihak yang tidak suka atau selesa melihat pakaian Mia. Tapi bagi mata saya, dia tetap kelihatan cantik. Untuk netizen yang komen positif itu saya mengucapkan terima kasih. Yang negatif itu, saya dan Mia biarkan sahaja,” katanya. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW