Seorang lelaki berusia 54 tahun ditemui dalam keadaan mulut berbuih dan separuh sedar semasa polis tiba di pondok untuk menangkapnya kerana didakwa merogol cucu tirinya yang berusia 14 tahun.
Lelaki tersebut segera dibawa ke Hospital Sri Aman. Melihat keadaannya yang parah, pihak hospital cuba menghantarnya ke Hospital Umum Sarawak, tetapi suspek meninggal dunia pada pukul 5 pagi kelmarin.
Suspek dipercayai menelan pesticide (racun perosak tanaman) dalam pondok di sawah padi.
Perbuatan rogol oleh suspek terbongkar pada 21 September lalu apabila Hospital Sri Aman melaporkan kepada polis tentang mangsa yang cedera di belakang selepas melompat dari tingkat satu asrama. Pegawai perubatan mendapati mangsa hamil lima minggu.
Hasil soalsiasat Pegawai Kebajikan dan pihak polis, mangsa didapati cuba membunuh diri dengan melompat dari bangunan asrama. Menurutnya dia dirogol oleh datuk tirinya sebanyak dua kali pada Ogos lalu, di pondok sawah padi dan dalam rumah.
Kini mangsa diberikan rawatan dan kaunseling.
Comments
comments