Sumber foto asal: BH Online & New Straits Times
Personaliti terkenal, Datuk Mahadzir Lokman kini dilaporkan tidak lagi berada dalam keadaan kritikal. Beliau sudah memberikan tindak balas positif serta dipindahkan ke wad biasa.
Adiknya, Danial memberitahu Mahadzir mampu bernafas sendiri dan tidak perlu bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Namun, beliau masih berada dalam pantauan teliti oleh doktor.
Alhamdulillah, abang sudah boleh bernafas tanpa menggunakan bantuan alat pernafasan sejak semalam. Dia
Beliau juga boleh melakukan fisio ringan seperti dinasihatkan doktor. Terima kasih kepada jururawat dan doktor yang banyak membantu sepanjang abang saya mendapat rawatan di sini.
Mahadzir yang lebih mesra dengan panggilan Dale dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Ahad yang lepas, namun sudah memberikan tindak balas positif sejak hari Selasa lalu.
Mahadzir dikenali dengan kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa antaranya Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis. Malah, beliau sering dijemput menjadi pengacara acara bertaraf antarabangsa.
Terdahulu, beliau pernah menerima pengiktirafan anugerah 'Ordre Les Palmes Academiques' oleh Kerajaan Perancis pada tahun 2006 atas inisiatif bagi mempromosi bahasa dan budaya negara tersebut.
Sumber berita: BH Online

Nenek Beri Jongkong Emas Kepada Cucu Sempena Aidil ...

Dulu Penyanyi Solo Popular, Netizen Terkejut Lihat ...

Enam Kesalahan Utama Di Jalan Raya Sepanjang Op Se ...

Abang Perodua Bongkar 3 Mitos Automotif Termasuk T ...