loading...

Faye Kusairi Sahkan Hamil 3 Bulan

Pelakon Faye Kusairi telah mengesahkan hamil 3 bulan. Perkara itu disedarinya selepas mengalami loya-loya dan kerap kali muntah serta hilang selera makan beberapa minggu lalu.

BACA: Faye Kusairi, Suami Mohon Doa Peminat

“Pada awalnya, saya hilang selera makan dan saya fikir inilah masa terbaik untuk saya menurunkan berat badan. Tapi beberapa minggu selepas itu saya muntah-muntah dan apa yang saya makan keluar balik. Bila saya buat ujian kehamilan, barulah saya faham kenapa saya kurang sihat”

Boleh dikatakan simptom itu masih ada dan saya juga cuba hadkan aktiviti saya kerana kandungan ini masih baru,” katanya ketika ditemui pada Malam Gala Filem Tombiruo di MBO The Starling, Damansara sebentar tadi.

Sementara itu suaminya, Azmi Hatta juga sudah mengetahui perkara itu dan teruja menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.

“Suami dah tahu dan dia juga teruja untuk menantikan anak ini yang dijangka lahir sekitar April depan. Malah dia juga sering mengingatkan saya untuk memperlahankan aktiviti dan tidak lasak seperti selalu”

“Dia juga ada belikan saya buah-buahan untuk mengurangkan rasa loya. Apa yang boleh saya katakan dia banyak memberi sokongan moral sejak mengetahui saya hamil,” katanya sambil tersenyum.

Umum mengetahui Faye Kusairi atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi 30, telah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan bekas suami penyanyi Elly Mazlein, Azmi Hatta pada 9 April lalu selepas hampir 2 tahun berkenalan. (rtky/h)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...