loading...

Chef Wan Terima Anugerah ‘The Master Chef Of The Year’

JIKA sebelum ini namanya mencuri perhatian netizen menerusi laman-laman sosial dengan video dan pengalaman kisah hariannya.

Cef selebriti terkenal tanah air, Datuk Redzuan Ismail atau lebih dikenali dengan nama Chef Wan sekali lagi menjadi bualan netizen apabila dia berjaya merangkul dua anugerah sekali gus dalam sebuah acara gilang gemilang dua hari lalu.

Chef Wan menerima Food Ambassador Award dan The Master Chef of The Year di malam World Top Gourmet Awards 2017 yang diadakan di Berjaya Hotel & Resorts Time Square, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Anugerah itu menarik lebih 50 penyertaan dan hampir dengan sasaran maksimum seramai 100 penyertaan. Fokus utama pertandingan itu adalah khusus bagi kecemerlangan dalam industri perhotelan, makanan serta minuman.

Menurut President of the Malaysian Federation of International Business Federation (IBF) – World Gourmet, Peggy Chong, anugerah yang diterima itu akan menjadi dorongan bagi industri bagi merangsang minat dan pertubuhan.

Kegembiraan menerima dua anugerah tersebut dikongsikan bersama peminat dan pengikutnya menerusi laman Instagram.

Menurut Chef Wan, anugerah The Master Chef of The Year  merupakan satu penghormatan kepadanya sepanjang penglibatannya dalam dunia masakan.

Di samping itu, Chef Wan turut menyampaikan ucapan pembukaan sebagai duta kulinari untuk malam anugerah tersebut.

Kejayaan yang dikongsinya itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya mengucapkan tahniah dan berbangga dengannya kerana mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Chef Wan diketahui umum menerima banyak anugerah atas bakatnya. Antaranya ialah Media Awards 2009, Friends of Thailand Award pada 2010 dari kerajaan Thailand dan banyak lagi.

Semoga dengan anugerah yang diterima oleh Chef Wan ini, ia akan menyuntik semangat buat lebih ramai lagi cef di Malaysia untuk berjaya. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Loading...

Previous
Next Post »
loading...