loading...

Afdlin Shauki Dikurniakan Gelaran Datuk

afdlin shauki dikurniakan gelaran datuk

Sumber foto: http://ift.tt/2wZib28

Pada Selasa yang lalu, pelawak Afdlin Shauki dikurniakan dengan darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Pada majlis pengurniaan darjah dan pingat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pahang itu , Afdlin (46 tahun) menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Menerusi Instagram, Afdlin memuat naik foto bersama ibunya yang turut hadir di majlis penerimaan darjah kebesaran berkenaan beserta kapsyen "Gang haji saya ada dengan saya masa ambil kurnia. Ini semua berkat doa dia. Love you Hajjah mummy". 

afdlin shauki dikurniakan gelaran datuk 1

Ruangan komen aktor komedi tersebut dibanjiri ucapan tahniah di atas penghormatan membanggakan itu.

Dalam pada itu, rakan-rakan artis seperti Datuk Eizlan Yusof, Datuk Hans Isaac dan Liyana Jasmay juga tidak ketinggalan meluahkan rasa bangga mereka terhadap Afdlin.

Selain itu, pengusaha kosmetik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman turut dianugerahkan darjah Sri Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat mencemar duli mengurniakan darjah dan pingat kebesaran itu kepada seramai 155 penerima secara keseluruhan.

Sumber berita: mStar Online

Previous
Next Post »
loading...