loading...

Emma Maembong Sakit Teruk

emma maembong sakit teruk

Kredit foto: Instagram official_kamalemma

Aktres Emma Maembong dalam sebuah video terbaru memaklumkan sedang mengalami migrain yang kronik.

Sakit itu telah menjejaskan sebelah matanya, bahagian bibir dan tekak.

"Yang tanya saya sakit apa, saya migrain yang sangat-sangat teruk sampai mata saya pun merah sebelah.

"Sakit bibir yang tidak tahu kenapa, sakit tekak, selesema, demam dan juga batuk," dedah Emma dalam video yang dimuat naik di Instagram @official_kamalemma pada Rabu.

Instagram tersebut adalah laman sosial hasil gabungan antara dirinya bersama aktor Kamal Adli.

Dalam pada itu, netizen menerusi ruangan komen mendoakan agar aktres itu diberi kesembuhan dengan segera.

Malah ada yang meminta agar Emma minum air kosong dengan banyak untuk cepat pulih.

"Minum banyak air kosong untuk hilangkan panas dalam badan. Ia dapat membantu," nasihat seorang peminat.

Januari lalu, Emma pernah dirawat di hospital gara-gara sakit perut yang teruk. Hasil pemeriksaan doktor mendapati pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu telah menerima jangkitan virus.

Susulan itu, Emma turut ditahan di hospital pada April selama beberapa hari.

Previous
Next Post »
loading...