Tidak semua orang terbuka menerima komen yang ‘terlalu jujur’, lagi pula jika ia dikeluarkan oleh individu yang tidak dikenali. Gara-gara dikomen peminat secara berdepan, Shila Amzah bertindak berani menegur sikap segelintir peminat yang tidak sensitif menyoal tentang fizikalnya.
BACA: Shila Amzah Harap Individu Fitnah Dirinya Diberi Hidayah
Melalui beberapa video yang telah dimuat naik di Insta Stories, Shila kelihatan agak bengang sehingga mengeluarkan kata-kata ‘pedas’ buat peminatnya itu.
Baginya, soalan sebegitu agak ‘bodoh’ untuk ditanya dan tidak patut untuk dikeluarkan oleh mana-mana peminat.
Dengan menggunakan percakapan Bahasa Inggeris, Shila meminta peminatnya itu mencerminkan diri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan komen tentang perubahan dirinya.
Malah Shila meminta mereka untuk fikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
Selama ni ingat wartawan Malaysia yang bermasalah. Rupanya? Mulut kemain hazab. Korang nilai la sendiri ? @rotikaya @501Awani @mstaronline http://pic.twitter.com/MY1UR4Dtlm
— Cuit Sikit (@cuitsikit) September 26, 2017
“Jika kamu ingin mengambil gambar bersama saya, tiada masalah. Tetapi selepas itu janganlah tanya soalan bodoh seperti kenapa saya semakin gemuk!”
“Saya rasa, apabila ingin berkata sesuatu tentang seseorang, kamu perlu fikir dan dapatkan cermin dan betulkan foundation di wajah terlebih dahulu”
“Saya tiada masalah jika kamu miliki wajah yang hodoh, tetapi mempunyai hati yang busuk adalah lebih teruk. Betulkan sikap itu sebelum bercakap dengan orang,” tegur Shila secara tegas.
Hmm… mungkin Shila memang agak sensitif dengan soalan-soalan sebegini. So selepas ini jika berjumpa dengannya jangalah tanya soalan yang menyakitkan hatinya lagi ya.
Apa pun Bersabarlah Shila, inilah antara dugaan bergelar selebriti apabila ramai yang terlalu ‘prihatin’ dengan setiap perubahan seorang artis. (rtky/l)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW