loading...

Kaedah-Kaedah Cegah Hamil Yang Pelik Pada Zaman Dulu

Pada zaman dulu, sebelum kewujudan pil perancang dan kondom getah asli, masyarakat dari serata pelosok dunia menggunakan pelbagai kaedah untuk mencegah kehamilan. Misalnya menggunakan bahan semulajadi dari kotoran dan organ haiwan serta tumbuh-tumbuhan.

Berikut adalah cara mencegah kehamilan berbagai masyarakat dalam zaman-zaman yang berbeza:

1. Zaman Mesir Kuno

Masyarakat Mesir kuno menggunakan dua kumpulan bahan untuk mencegah kehamilan. Bahan yang pertama ialah dari najis haiwan seperti buaya, lembu dan kuda. Ia dimasukkan di dalam vagina wanita untuk membunuh sperma lelaki.

Bahan yang kedua lebih bersih iaitu campuran tumbuhan seperti getah akasia, kurma, serat dan mnadu. Cara penggunaannya sama seperti bahan yang pertama.

2. Zaman Yunani Kuno

Mereka menggunakan dua cara untuk cegah hamil. Yang pertama mengamalkan seks luar tabii, iaitu liwat. Pada zaman ini perbuatan liwat adalah sesuatu yang dianggap wajar dilakukan oleh pasangan suami isteri masyarakat Yunani Kuno.

Cara kedua lebih pelik, iaitu memasukkan testis kucing ke dalam vagina wanita.

3. Zaman Eropah Kuno

Pada zaman ini, masyarakat Eropah menggunakan span yang dicelup dengan air campuran lemon ke dalam vagina. Selain itu mereka juga meminum air kencing bebiri dan darah arnab. Kononnya ia boleh mencegah kehamilan.

Beberapa ratus tahun kemudian, mereka mencipta kondom dari usus babi.

4. Parsi Abad Ke-11

Pada zaman ini, wanita Parsi memasukkan najis gajah ke dalam vagina setelah berhubungan seksual. Mereka berpendapat bahawa najis gajah dapat mencegah kehamilan.

5. Jepun Abad Ke-12 Hingga 14

Pada abad ini lelaki Jepun menggunakan kondom yang terbuat dari tempurung kura-kura atau tanduk sebagai alat pencegah kehamilan.

6. Zaman Pemerintahan Kaisar Rom

Masyarakat Rom menggunakan kondom yang dibuat dari pundi kencing kambing.

7. Zaman Afrika Kuno

Wanita Afrika di zaman ini meminum air ludah unta sebagai cara cegah kehamilan.

8. Britain Zaman Pemerintahan Ratu Elizabeth I

Kerana dianggap mampu mencegah kehamilan, wanita Inggeris pada zaman ini membasuh alat sulit mereka dengan air halia dicampur cuka.

9. Amerika Syarikat 1950-1960

Pada zaman ini, ramai wanita Amerika meminum Coca-cola untuk menghindar kehamilan.

Selain itu, mereka juga memberishkan vagina dengan soda selepas berhubungan intim sebagai cara membunuh sperma lelaki.

Kesimpulannya berbeza dengan zaman sekarang, kaedah cegah hamil zaman dulu berisiko tinggi terkena jangkitan penyakit akibat menggunakan bahan-bahan yang kotor. Hal ini demikian kerana najis dan organ haiwan yang dipakai semasa hubungan intim pasti mengandungi jutaan bakteria berbahaya.

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...