loading...

Seronok Berselfie, Mereka Tidak Sedar Di Belakang…

Mengikuti rombongan lawatan sekolah bersama rakan-rakan memang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi kalau dapat mandi-manda di tempat yang menarik.

TAPI awas! Berseronok itu ada hadnya! Kadang-kadang akibat terlalu asyik beriadah, kita terlupa bahaya mendatang.

Misalnya di India, sekumpulan remaja lelaki yang sedang berseronok berselfie beramai-ramai tidak menyedari terakam saat akhir seorang rakan mereka yang lemas di dalam kolam.

Remaja malang bernama Vishwas G yang baru berusia 17 tahun itu lemas di sebuah kolam besar dekat Bengaluru selepas dia dan rakan-rakannya beriadah di tempat berkenaan.

Semua mereka adalah pelajar di Kolej Nasional Jayanagar yang mengikuti rombongan kolej. Ketika berada di tempat tersebut, mereka mengambil kesempatan mandi-manda di sebuah kolam yang mempunyai kedalaman 10 kaki.

Selepas itu mereka mengabadikan kenangan berselfie bersama sebelum melawat sebuah kuil.

Kira-kira sejam selepas itu, mereka menyedari kehilangan Vishwas. Kemudian mereka menyemak gambar pada telefon bimbit, dan mendapati salah satu gambar selfie tersebut menunjukkan kepala Vishwas yang sedang tenggelam di belakang mereka.

Mereka segera menghubungi pihak polis. Akhirnya mayat Vishwas dijumpai dalam kolam.

Sedih dan tidak berpuas hati dengan kejadian itu, keluarga Vishwas melakukan bantahan di depan kolej, mendakwa kakitangan mereka cuai sehingga menyebabkan kematian Vishwas semasa mengikuti rombongan.

Sementara itu, pihak polis mendakwa kumpulan pelajar berkenaan tidak mengendahkan papan tanda amaran terhadap larangan mandi di kolam berkenaan.

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...