loading...

Mati Bogel Ketika Berpesta Seks Dengan Mak Nyah Di Hotel Pattaya

Setiap insan lambat-laun pasti akan sampai ke titik pengakhiran hidup. Cuma tempat, masa dan caranya adalah berbeza. Ada yang mati dalam iman dan ada juga yang dijemput malaikat maut dalam keadaan yang sangat memalukan.

Misalnya di Thailand seorang pelancong Barat yang belum dikenal identiti dan kewarganegaraan berusia dalam lingkungan awal hingga pertengahan 40an menemui ajal ketika mengadakan pesta seks liar dengan seorang pelacur mak nyah atau ‘ladyboy.’

Ladyboy yang baru berusia 22 tahun berasal dari Buriram ini mendakwa mereka bertemu di jalanan. Menurutnya pelancong berkenaan melanggannya sebanyak 3,000 Bhat (RM354) sebelum membawanya ke bilik hotel Pattaya di tingkat dua.

Menurutnya lagi ketika mereka ‘beraksi’ lelaki itu berada dalam keadaan mabuk. Entah bagaimana tiba-tiba kepalanya terhantuk pada dinding lalu jatuh terjelepok atas lantai dalam keadaan bogel kemudian meninggal dunia.

Sebaik menerima laporan pada pukul 5 pagi, polis segera bergegas ke hotel. Apabila tiba di tempat kejadian mereka menemui mayat pelancong malang tersebut terbaring atas lantai tanpa pakaian.

Hasil bedah siasat, kandungan alkohol dalam darahnya sangat tinggi. Walau bagaimanapun, punca kematian masih belum diketahui.

Keseronokan yang dikejar, maut dan aib pula yang diterima!

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...