SEREMBAN – Polis sedang mengesan seorang peguam bagi membantu melengkapkan siasatan bagi kes pecah amanah pembelian rumah bernilai RM302,000 di sini.
Ketua Polis Negeri Datuk Noor Azam Jamaludin berkata peguam yang bernama Rajvin Charan Suri, 32, dari firma guaman RC Suri & Corporation yang beroperasi di Port Dickson dikehendaki di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
“Alamat terakhir suspek ialah di No 194 Taman Bukit Paya, Port Dickson dan pihak kami percaya yang suspek masih berada di dalam negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi pihak polis di bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-647 2222. – BERNAMA
Loading...