loading...

Wajarkah Masyarakat Cina dan India Tidak Mahu Berbahasa Melayu di Malaysia?

1malaysia

Ahmad mematikan enjin lalu memeriksa sama ada tertinggal wang atau barangan berharga dalam keretanya. Selepas puas hati, dia melangkah keluar lalu tersenyum memandang mekanik Cina yang menghampirinya.

"Abang, air cond tak sejuk la," kata Ahmad.

"Itu talak sejuk macam mana? Masa jalan ka, masa driving ka?" tanya mekanik itu. Ahmad masuk semula ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin kemudian penyaman udara dimulakan.

"Aiyoo, angin saja ini woo," kata mekanik Cina itu berseloroh. "You ada tukar gas ka?" tanya dia.

Ahmad menggelengkan kepala. Mekanik Cina itu kemudiannya memanggil kawannya datang, lalu mereka mula berbincang dalam bahasa Mandarin.

"ē©ŗę°”äøå†·,ä½ ēš„ę„č§ę˜Æä»€ä¹ˆ" tanya lelaki CIna itu kepada kawannya. Kawannya masuk ke kereta Ahmad lalu memeriksa kesejukan.

"ä¹Ÿč®øē©ŗč°ƒę³„ę¼?" kata kawannya. Lelaki itu tunduk lalu memeriksa bahagian bawah enjin kereta Ahmad.

"ę²”é—®é¢˜。åÆčƒ½čÆ•ē€å…ˆč”„å……ę°”ä½“ē„¶åŽēœ‹ēœ‹," kata kawannya.

Ahmad merenung saja perbualan mereka tanpa difahami sepatah pun.

hqdefault 837

"Mungkin kita cuba tukar gas dulu la bang," kata mekanik yang pertama tadi.

"Kalau tukar gas berapa?" tanya Ahmad.

"啊,ę¢ę°”äŗ†å¤šå°‘?" tanya mekanik itu kepada kawannya.

"ē›øåŒēš„ä»·ę ¼RM30。å¦‚ęžœčæ˜äøå†·äøčƒ½äæčÆ," kata dia.

"Mesti nak ketuk la tu," fikir Ahmad. "Standard la peniaga-peniaga Cina ni."

"RM30 je bang. Tapi tak ada warranty oo, kalau tak sejuk, kami tak ganti balik duit," kata mekanik itu.

"Kalau tak sejuk, apa boleh buat lepas tu?" tanya Ahmad. Mekanik itu pergi ke arah kawannya tadi yang sedang membetulkan bateri sebuah kereta lain pula.

"啊,å¦‚ęžœäøę˜Æå†·,čæ˜ęœ‰ä»€ä¹ˆęˆ‘ä»¬åÆä»„ę£€ęŸ„ä¹‹åŽå‘¢?" tanya beliau.

"ä¹Ÿč®øåŽ‹ē¼©ęœŗ。ęƒ³äæ®ē†åŽ‹ē¼©ęœŗęŒŗč“µēš„," kata kawannya. "å®šå±…äø€å¤©,RM250左右,å¦‚ęžœäøéœ€č¦ę›“ę¢."

Mekanik tadi kembali bertemu Ahmad yang menunggu. "Kalau tak sejuk, kita kena cek compressor, tengok ada rosak ka tak. Kalau mau buat itu dalam RM250 itu macam."

bahasa melayu 400x300

Ahmad mengangguk-ngangguk. "Sekejap eh," kata Ahmad pada mekanik tadi, lalu mekanik itu pergi menyambung kerjanya. Jari Ahmad pantas menaip di whatsapp.

"Bro, aku kat bengkel, dia kata kalau tukar gas tak ok gak, kena cek compressor. Camne?" mesej Ahmad.

"Dia ada bagi warranti tak kalau dah tukar gas tu jadi jugak panas ke, camne?" balas kawannya dalam mesej.

"Tak ada. Kalau bukan gas, dia kata problem compressor kena cek."

"Berapa kalau kena?" tanya kawannya.

"RM250 paling mahal," jawab Ahmad.

"Uish, mahal tu. Tak ada kedai lain ke?" tanya kawannya melalui mesej.

"Mana ada, raya haji ni kedai mana yang bukak?" balas Ahmad.

"Dia nak cekik tu, tapi nak buat macam mana. Kena buat jugak la, kita nak travel jauh. Kongsi-kongsi je la kita." kata rakannya.

bulan bahasa kebangsaan

Ahmad pergi semula kepada mekanik tadi yang sedang leka memeriksa wayar sebuah kereta. "Ok bang. Kita cuba tukar gas dulu."

Mekanik itu mengangguk. "啊,ę¢ē”·äŗŗčæ™č¾†é©¬č½¦ēš„ę°”ä½“," kata dia kepada seorang pekerja muda lain. Pekerja itu mengangguk lalu mula menarik tong besar berisi gas.

"Tin tin!" bunyi hon kereta berbunyi. Seorang lelaki India memberhentikan kereta di tepi bengkel lalu menurunkan tingkap dengan isteri dan anak-anaknya dalam kereta.

"Boss, signal belakang belah kiri tak menyala boss, ada jual bulb?" tanya dia dari jauh lalu mekanik yang melayan Ahmad tadi mendekati beliau.

"Ada," jawab mekanik tersebut.

"Berapa?" tanya lelaki India tersebut.

"Sekejap saya cek," kata mekanik itu.

Isterinya berbisik pada suaminya, "அது ą®®ிகவுą®®் விலையுயர்ந்தால் நாą®®் இன்னொą®°ு ą®•ą®Ÿையைத்தான் காண்கிą®±ோą®®்."

"č€ęæ,äæ”å·ēÆę³”äøŗč“Øå­é¢„å¤‡å¤šå°‘?" tanya mekanik itu kepada bos bengkel itu.

"RM10,äøęŠ˜ę‰£," kata bosnya.

Ahmad duduk saja menunggu gas penyaman udara keretanya diisi sambil berharap agar bengkel tersebut bukanlah bengkel yang jenis suka menipu dan cekik darah pelanggan.

Previous
Next Post »
loading...