loading...

Mahu Hias Kuku? Cuba Kuku Lampu ‘Lip Lap’ Ini!

SEOUL – Sebelum ini netizen digemparkan penciptaan produk bulu mata dengan lampu kecil dipanggil F.Lashes yang membolehkan mata anda bercahaya meriah macam suasana hari raya.

Namun kali ini adalah lebih unik apabila cuba bayangkan kuku jari tangan anda pula yang mampu dihias indah dengan kerlipan ‘lampu lip lap’ yang bersinar ceria terutama jika berada dalam suasana gelap.

Itulah yang dilakukan oleh Park Eunkyung, seorang pereka kuku yang popular dari Korea Selatan. Beliau mungkin memulakan satu trend dalam seni perhiasan kuku – lampu lip-lap dengan light-emitting diode (LED)

Menurut laporan media tempatan, kuku dengan lampu LED berwarna-warni sebegini memang amat sesuai bagi mereka yang mahu menjadi perhatian utama dalam majlis keramaian atau pesta sukaria komuniti.

Baca: Bulu Mata LED Unik Macam Lampu Kelip-Kelip

Laman sesawang Oddity Central melaporkan, Eungkyung, yang diikuti ramai menerusi akaun Instagram, memuat naik satu siri gambar idea seni perhiasan kreatif beliau – kuku palu yang dihias dengan lampu LED.

Menarik? Namun pada masa yang sama ia sukar untuk dilaksanakan. Beliau kemudian membuat keputusan untuk terlebih dahulu mengenakan reka bentuk seperti anting-anting bagi perhiasan LED yang luar biasa itu.

Selepas meggerudi satu lubang kecil di kuku palsu itu, Eunkyung memasang perhiasan tersebut di hadapan dan menghubungkannya dengan bateri-bateri bersaiz mini dipasang di belakang kuku palsu berkenaan.

Oddity Central tidak pasti berapa lama jangka hayat bateri tersebut dapat bertahan atau jika Eunkyung merancang untuk menjual perhiasan kuku LED tersebut kepada mana-mana syarikat yang berminat.

Namun ramai sudah tidak sabar untuk mendapatkan alat itu. Gambar dan video beliau di Instagram sahaja sudah ditonton puluhan ribu kali dan berkemungkinan menjadi trend masa depan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...