loading...

Gadis 14 Tahun Diperkosa Lebih 40 Lelaki Semasa Ibubapa Keluar Menoreh Malam

Seorang gadis yang baru berusia 14 tahun telah diperkosa oleh lebih 40 orang lelaki di kampung Koh Raed, Selatan Thailand antara bulan Mei hingga Oktober 2016.

Mangsa yang kini berusia 15 tahun mendakwa kejadian berlaku apabila ibubapanya keluar menoreh getah pada waktu malam meninggalkan dia sendirian di rumah. Tiba-tiba kediamannya diceroboh dan dia telah dirogol sebelum ditarik keluar dan dibawa ke sebuah pondok, kemudian digilir oleh lelaki lain.

Chanon Abdullah dari Yayasan Keamanan Islam mengatakan jumlah suspek adalah berdasarkan kepada keterangan mangsa. Menurutnya mangsa dan keluarganya sedang dibantu oleh yayasan sejak Jun lalu.

“Soalsiasat mendapati 3 suspek telah mengajak beberapa orang lelaki dari kampung yang sama untuk merogol mangsa. Dia juga dibawa keluar dari rumah oleh kumpulan berkenaan lalu dirogol oleh lelaki lain. Mereka mengaku melakukannya sebanyak 6 kali dan jumlah lelaki yang terlibat pada malam itu adalah 11 orang. Pada malam seterusnya antara 5 hingga 7 orang.”

“Kini emosinya sangat terganggu. Dia sangat tertekan setiap kali menjawab tentang kejadian hitam tersebut,” ujar Chanon.

“Ia berlaku setahun lalu. Apabila kami bercakap kepada mangsa, kami mendapati suspek bukan setakat 3 malahan 40 orang, jadi kami bantu mereka mengambil tindakan undang-undang. 3 orang suspek sudah ditangkap.Tiga orang suspek berkenaan sentiasa membawanya keluar apabila ibubapanya keluar menoreh malam ” terang Chanon lagi.

Mangsa turut diugut supaya mendiamkan diri jika tidak mahu keluarganya diapa-apakan.

Sementara itu polis sudah menahan 11 orang suspek yang terlibat dalam kes ini. Salah seorang suspek berusia 57 tahun mengaku tidak bersalah. “Saya tidak pernah menyentuhnya,” ujarnya.

Menurutnya lagi tuduhan ini telah mengganggu dan memberi tekanan melampau terhadap dirinya. “Saya juga rasa sedih, mengingat yang saya sentiasa membantu keluarga mangsa,” ujarnya lagi.

Bagi penduduk kampung, kejadian ini sangat dikesali memandangkan jumlah penduduk cuma 180 sedangkan yang terlibat dalam kes ini lebih 40 orang iaitu kira-kira seperlima daripada jumlah penduduk.

“Fikirkan tentang anak-anak yang tinggal di kampung ini. Mereka tertekan kerana mungkin ayah mereka adalah suspek kes rogol berkumpulan,” ujar Yuttanakorn seorang pegawai kerajaan.

Akibat pembongkaran kes ini, keluarga mangsa telah diancam oleh beberapa orang jiran. Mereka terpaksa dipindahkan ke tempat lain dan berada dalam perlindungan polis.

Artikel ini diolah dari sumber: Phuket Gazette, Malaysian Digest, Independent

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...