Benua Afrika memang dipenuhi kisah pelik dan taboo dalam kehidupan sosialnya yang pelbagai ragam. Misalnya di Zimbabwe dihebohkan dengan cerita seorang wanita berusia 40 tahun telah dihamili anak lelakinya sendiri yang berusia 23 tahun. Lebih mengejutkan mereka juga merancang untuk merkahwin.
Alasan mereka untuk bernikah sangat memeningkan kepala warga setempat. Menurut Betty Mbereko yang kematian suami 12 tahun lalu, dia berhak mengahwini anaknya Farai Mbereko kerana sejak kecil dia yang membesarkannya. Bahkan dia bersusah payah menanggung kos persekolahan dan tuition anaknya sehingga tamat persekolahan.
Menurutnya dia tidak mahu ada wanita lain yang menumpang kesenangan sedangkan dialah yang bersusah payah menanggung persekolahan Farai sehingga tamat dan mendapat kerja.
“Saya bersusah payah bersendirian menanggung persekolahan anak tanpa bantuan sesiapa. Sekarang dia sudah bekerja dan kamu menuduh saya melakukan kesalahan. Biar saya nikmati hasil tuaian yang saya tanam,” ujarnya.
Betty yang kini hamil 6 bulan hasil hubungan cinta dengan anaknya mendakwa, dia lebih rela berkahwin dengan anaknya daripada berkahwin dengan salah satu saudara kandung mendiang suaminya yang sering cuba mengambil kesempatan berhubungan seks dengannya sejak suaminya masih hidup.
Hubungan cinta dua beranak ini sebenarnya sudah berlangsung sejak tiga tahun yang lalu. Hanya baru-baru ini mengambil keputusan mendedahkan hubungan setelah dihamili dan merancang untuk berkahwin.
Sama seperti ibunya Farai juga mempertahankan hubungan cintanya semasa dibicarakan dalam mahkamah. Dia berjanji untuk membayar hutang mendiang ayahnya yang belum lunas.
“Saya tahu ayah meninggal sebelum sempat melunaskan bayaran maskahwin. Saya bersedia untuk membayarnya,” ujar Farai.
“Lebih baik perkara ini didedahkan kerana orang ramai perlu tahu sayalah yang bertanggungjawab menghamilkan ibu,” tegasnya lagi.
Sementara itu Ketua Kampung Nathan Muputirwa sangat tidak bersetuju dengan hubungan dua beranak ini.
“Kami tidak boleh benarkan perkara sebegini berlaku dalam kampung ini. Kalau dulu mereka sepatutnya sudah dibunuh, tapi hari ini tidak boleh kerana kami takutkan polis,” ujar Muputirwa.
Setelah mendengar alasan Betty, mahkamah telah menggugurkan dakwaan terhadap mereka. Jadi Betty dan anaknya Farai akhirnya berkahwin dan akan memperoleh cahayamata.
Artikel ini diolah semula dari sumber: Lifestyle
Comments
comments