Kerana kemaruk inginkan anak ditambah pula dengan kepercayaan amalan karut, sepasang suami isteri sanggup mengikut nasihat seorang bomoh, kononnya untuk memperoleh zuriat, si suami perlu melakukan hubungan seks dengan seorang bayi perempuan!
Kebetulan jiran mereka yang juga sahabat baik si isteri mempunyai bayi perempuan bernama Khadija Bashir yang baru berusia 6 bulan. Si suami bernama Muktakar berusia 30 tahun berpakat dengan isterinya untuk menjadikan bayi jiran mereka sebagai sasaran untuk melakukan ‘upacara.’
Ibu mangsa yang bersahabat baik dengan isteri lelaki berkenaan langsung tidak tahu niat pasangan tersebut. Akhirnya Khadija si bayi malang itu dirogol oleh Muktakar. Menurut laporan, isteri Muktakar dikatakan memegang kedua belah kaki Khadija, sementara itu Muktakar merogolnya tanpa belas kasihan.
Akibat perbuatan itu, alat sulit Khadija mengalami kecederaan dan pendarahan serius. Dia terpaksa digegaskan ke Hospital Pakar Murtala, Kano, Nigeria. Petugas perubatan segera melakukan pembedahan untuk merawat kecederaan serius Khadija. Selepas pembedahan darah dan sperma masih keluar dari alat sulitnya.
Sementara itu Muktakar ditahan dalam penjara menunggu perbicaraan. Takut mendapat hukuman berat, dia nekad melantik 10 orang peguam untuk membela diri. Mereka juga telah mengancam ayah Khadija yang tidak mampu mengupah peguam untuk mendapatkan keadilan.
Prihatin dengan nasib Khadija, satu kempen di media sosial telah dilakukan oleh beberapa orang individu untuk memungut derma bagi menanggung kos guamannya.
Tidak lama selepas itu, isteri Presiden Nigeria Aisha Buhari dan Emir (Pemimpin) Kano Muhammad Sanusi II melawat Khadija di Hospital Pembelajaran Amino Kano.
Sanusi II yang datang lebih awal meminta supaya Muktakar dibawa ke muka pengadilan. Dia meluahkan simpati kepada ibubapa Khadija dan berjanji Majlis Emirate akan melakukan yang terbaik untuk kebajikan mereka.
Pesuruhjaya Maklumat Negeri Kano, Muhammad Garba berkata kerajaan negeri telah berjanji untuk menberikan keadilan kepada Khadija.
“Kami sangat sedih dengan kisah bayi berusia 6 bulan yang dirogol oleh jiran terdekat terjadi dalam negeri ini. Kerajaan akan mendakwa, siapa saja yang bersalah akan dihukum berat penjara seumur hidup ,” ujar Garba.
Artikel ini diolah semula dari sumber: Daily Post, The Cable, pelbagai sumber.
Comments
comments