Dalam kenyataan Lim Kit Siang melalui penulisan Raja Petra Kamarudin, bahawa apa yang di gelar sebagai “Red Bean army” yang membantu kempen dan operasi DAP kini telah tewas dan bakal berkubur.
Apabila Kit Siang berkata dan mengaku sedemikian, maka dua perkara boleh diandaikan.
Pertama berkemungkinan dia mahu UMNO dan BN “let the guard down” supaya berasa selesa dalam “comfort zone” lalu kurang persediaan kepada apa yang bakal dilakukan oleh DAP dan tentera kacangnya.
Kedua, jika kenyataannya bersikap jujur berkemungkinan dia amat kecewa kerana sehingga kini Pakatan masih belum betul betul mencapai matlamatnya iaitu menjatuhkan Dato Seri Najib melalui beberapa cerita karut dan dogeng ciptaan mereka.
Pada zaman kemuncaknya RBA, mereka boleh menghantar ratusan tentera mereka mewakili ribuan “fake acount” seolah olah kelihatan mereka adalah terlalu ramai demi mengambarkan sokongan kepada pembangkang adalah ramai.
Sesiapa yang mahu mencuba merasai kedatangan RBA ini , boleh mencuba membuka akuan Facebook yang menghentam kerajaan lalu dengan segera akan mendapat ribuan “like” kononnya sokongan kepada kritikan dan kutukan kepada kerajaan itu disokong ramai rakyat.
Malah RBA ini bijak menggunakan ayat Al Quran, petikan hadis dan slanga bercakap orang Melayu.
Seolah oleh mereka orang Melayu, ditambah dengan “like like” kepada “page page” agama dan ustaz ustaz.
Memang pun ada segelinitir dari RBA ini orang Melayu hasil perkaderan dari barua barua Melayu yang menjadi ahli DAP.
Apa pun kenyataan Kit Siang menarik perhatian kerana mengaku tewas kepada “budak budak BN” yang tidak berapa ramai jumlahnya tetapi berkesan dalam melawan arus fitnah dan membuat serangan balas.
Kit Siang juga menyebut berkenaan “black ops”. Ini bermakna Kit Siang amat peka dengan kerja “black ops” tentera kacangnya.
Sebenarnya , sokongan kepada DAP semakin merosot kerana rasa tidak puas hati kepada keluarga “Lim” ini sendiri. Keadaan menjadi bertambah parah apabila Kit Siang membuat hubungan dengan Tun Mahathir.
RBA juga dipercayai tidak dikuasai oleh satu individu khusus, mereka dikuasai oleh individu negeri dan kawasan. Misalnya RBA di Penang di kuasai oleh pemimpin DAP Penang dan seterusnya.
Maka apabila penaung di kawasan kawasan tidak berpuas hati , maka pasti sekali mereka tidak akan meneruskan membayar gaji RBA. Itulah sebabnya Kit Siang menyatakan kegagalan RBA nya sejak kebelakangan ini.
Ramai ahli DAP kecewa dan terasa mereka dikhianati kerana Kit Siang membuat hubungan dengan Tun Mahathir tanpa merujuk atau berbincang dengan mereka di negeri dan pusat.
Maka kekecewaan ini diterjemah dengan ada kumpulan yang keluar parti. Mereka akan keluar parti dan tidak mahu buat kerja parti.
DAP memang menuju kehancuran , dan kehancuran itu makin terserlah sejak kebelakangan ini apabila 4 anggota mereka yang berkedudukan umum keluar parti dan lagi dua bakal menyusul seperti kenyataan yang dibuat oleh Tunku Aziz.
Baru baru ini juga Datuk Ahmad Zahid Hamidi ada menyebut kedudukan penyokong UMNO didalam alam maya hanya berjumlah 6.6%. Ini berdasarkan kajian seseorang, kata Ahmad Zahid.
Maka jumlah inilah mengakibatkan ketakutan kepada banyak pihak kerana dengan jumlah 6.6% pun mereka dapat pertahankan Presiden dan parti mereka.
Tidak dapat dibayangkan jika jumlah mereka mencapai jumlah 30% , tentu sekali pembangkang tiada peluang langsung.
Namun apa yang penting untuk dinyatakan di sini, adalah hubungan dengan Tun Mahathir adalah satu penyebab kerosakan DAP.
Bukan sahaja dasar dan kepimpinan DAP terganggu kerana bersekongkol dengan musuh 30 tahun mereka, tetapi RBA mereka juga huru hara dan sudah layu kerana Mahathir. Berkubur terus RBA. – BeruangBiru
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW