Hanya tinggal sehari sahaja baki kempen Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu. Sepanjang 13 hari berkempen, esok adalah hari penentu buat 9,960 orang pengundi berdaftar di DUN N03 Tanjong Datu.
Esok adalah hari untuk pengundi Tanjung Datu menzahirkan rasa terima kasih atas jasa jasa Tok Nan menerusi kertas undi.
Tidak dinafikan, DUN Tanjong Datu merupakan kubu kuat Barisan Nasional sejak sekian lama. Ini dibuktikan dengan jumlah majoriti yang diraih oleh Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem sebelum ini yang meraih 5,892 undi majoriti pada Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun lalu.
Kali ini senarionya agak berbeza. Calon Barisan Nasional, Datuk Amar Hajah Jamilah Anu bakal ditentang oleh calon dari Parti Reformasi Sarawak ( STAR), Johnny anak Aput dan calon dari Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Rapelson Richard Hamit.
Jika dilihat dari ketiga-tiga calon ini, diakui, Datuk Amar Jamilah mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Calon STAR sudah pun mengaku akan kalah semalam.
Kelebihan bukan jaminan buat Tok Milah mampu meraih undi yang banyak dan sekaligus memenangi Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu. Beliau memerlukan undi yang banyak dan sekaligus menuntut semua 9,960 orang pengundi berdaftar di DUN ini untuk keluar beramai-ramai bagi membuang undi.
Jika ini mampu dilaksanakan oleh semua pengundi berdaftar di DUN ini, tidak mustahil, Datuk Amar Jamilah akan mendapat undi besar esok.
Bekalan selesa untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tok Nan.
Bagi parti komponen Barisan Nasional, sokongan berterusan mereka dalam menjalankan kempen di sini, cukup dituntut.
Adalah tidak adil jika membiarkan Pengarah Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersendirian pada waktu kritikal sebegini.
Cukup menarik melihat, semua parti komponen Barisan Nasional Sarawak berganding bahu dengan beliau bagi memastikan semua pengundi berdaftar, keluar mengundi dan sekaligus memastikan kemenangan besar Datuk Amar Jamilah Anu di DUN peninggalan Allahyarham suaminya.
Kini, tidak sampai 24 jam lagi berbaki, jentera pilihan raya Barisan Nasional di Tanjung Datu usah leka dibuai janji kemenangan mudah. Hanya dengan kemenangan majoriti besar, segala perancangan yang dibuat oleh Allahyarham Tok Nan dapat diteruskan oleh pengganti beliau.
Pastikan kesemua 9,960 orang pengundi berdaftar keluar mengundi esok bagi meneruskan perjuangan dan legasi Allahyarham Tok Nan. Kemenangan besar ini adalah sebagai tanda terima kasih kepada segala pengorbanan Tok Nan di Tanjung Datu selama ini.
Turunlah undi esok.
Tulisan :
Beruang Biru
BB288, Jumaat
17 Februari 2017
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW