Jika diikutkan sokongan peminat, sudah ramai yang mendoakan kebahagiaan pasangan Jep Sepahtu dan Sari Yanti. Malah melalui BH Online, Jep menyatakan bahawa dia bersedia menjadikan Sari Yanti sebagai isteri.
BACA: Jep Sepahtu Nafi Bakal Bertunang
“Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan kami selesa bersama. Begitupun untuk mengatakan kami sering berjumpa tidak boleh juga. Masing-masing bekerja seperti biasa, namun begitu kami kerap juga berbalas mesej menerusi WhatsApp. Apa yang penting, buat masa ini kami tiada sebarang komitmen”
“Cuma setakat ini, semuanya adalah menyenangkan dan tidak ada yang memeningkan kepala. Dalam berkawan, saya mengharapkan sesuatu yang baik. Kalau betul dia (Sari Yanti) jodoh saya, tentunya saya mampu mengaminkan saja,” katanya.
Sementara itu dalam masa yang sama Jep berharap agar dia dapat mendirikan rumah tangga sebelum kedua ibu bapanya pergi walaupun dari pihak Jep sendiri dia tidak kisah sama ada jodohnya cepat atau lambat.
“Meskipun begitu, saya tetap berharap dapat mengakhiri zaman bujang sebelum ibu bapa saya menutup mata. Biarpun keluarga tidak bertegas dalam soal perkahwinan, namun ibu ada berkata, dirinya teringin untuk melihat saya mendirikan rumah tangga ketika hayatnya masih ada,” jelasnya lagi. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW