loading...

Pemilik iPhone 7 Diperdaya Video Tutorial Palsu

LONDON – Beberapa pemilik iPhone 7 melahirkan rasa kesal selepas terpe­daya dengan video yang dimuat naik di YouTube kononnya memberi alternatif kepada pemilik gajet itu untuk mendengar muzik dengan menggunakan fon kepala.

 
Pengguna dalam ruangan komen mendakwa telah mene­buk lubang seperti mana yang ditunjukkan dalam tutorial vi­deo yang dipercayai mahu ‘me­ngenakan’ pemilik iPhone 7, lapor Mail Online.

 

 
Klip bertajuk Tech vlogger spoof how to get a headphone jack on your iphone 7 ditonton lebih lapan juta kali dengan meminta pemilik untuk menebuk lubang pada ruangan pembesar suara gajet berkenaan dengan menggunakan gerudi berukuran 3.5 milimeter.

 
Ada diantara mereka yang mencuba tutorial berkenaan melahirkan rasa kesal mereka kerana mengikuti tutorial berkenaan yang langsung tidak membawa sebarang perubahan.

 
“Saya cuba tutorial itu namun akhirnya telefon saya tidak berfungsi. Jelas ini satu kesilapan besar,” tulis James Ceja.

 
Apple tampil dengan iPhone 7 baru-baru ini namun gajet itu tidak mempunyai kabel untuk fon kepala seperti model-model lain sebelum ini.

 

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...