KUALA LUMPUR – ‘Pertemuan’ semula Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim rupa-rupanya menyakitkan hati sekumpulan pihak yang menggelarkan mereka sebagai Geng Otai Reformasi.
Dalam satu grup WhatApps bernama Reforms, rata-rata mereka yang penyokong tegar Anwar sejak tahun 1998 rasa kecewa dengan apa yang berlaku walaupun ia sekadar berjabat salam di dalam mahkamah.
Bagi mereka gambar kedua-duanya bersalam erat itu menyakitkan mata.
Mereka juga menyalahkan Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Seorang yang dikenali sebagai Otai Khairul berkata, penat sahaja mereka turun reformasi sampai masuk lokap tapi selepas 18 tahun mereka comolot (cium mulut).
Nazri Reform pula berpendapat, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mesti kecewa dengan Mohamed Azmin yang membawa Mahathir berjumpa dengan Anwar.
“Azmin memang budak suruhan Mahathir daripada dulu lagi sejak Anwar ke dalam (penjara) dia (Azmin) sembah Mahathir,” luah seorang yang dikenali Otai Reformis dan printscreen perbualan mereka yang tersebar di media sosial sejak kelmarin.
Bagi Kak Nora Reformis pula, perjuangan selama 18 tahun berjuang untuk Anwar dianggap macam dibuang ke longkang dan mendakwa tindakan Azmin itu dibuat tanpa pengetahuan Wan Azizah dan Anwar sendiri. – M.Gazette
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW