loading...

Obama Calon Peguam Islam AS Pertama Sebagai Hakim Persekutuan

PETALING JAYA – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melakar sejarah dengan mencalonkan hakim persekutuan beragama Islam yang pertama di negara itu.

 
The Guardian melaporkan, Obama mengumumkan pencalonan Abid Riaz Qureshi sebagai hakim Mahkamah Daerah Columbia.

 
“Saya mencalonkan Qureshi untuk berkhidmat di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat.

 

“Saya yakin beliau akan berkhidmat kepada rakyat Amerika dengan penuh integriti dan komitmen demi keadilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Rakan kongsi di firma guaman Lathan & Watkins itu pernah menerima anugerah ‘Champions of Justice’ 2012 daripada jurnal undang-undang, Legal Times.
Setakat ini, tiada seorang pun daripada lebih 3,000 hakim persekutuan di Amerika yang beragama Islam.
Bagaimanapun, tidak pasti jika pencalonan Qureshi akan disahkan sebelum Obama menamatkan penggalnya pada awal 2017, memandangkan Senat Republikan enggan meluluskan calon badan kehakiman yang menjadi pilihan Obama.
Meskipun begitu, pencalonan Qureshi dianggap simbolik dan disambut baik pertubuhan Islam tempatan, termasuk pertubuhan bantuan guaman, Muslim Advocates yang menyifatkannya ia langkah penting untuk mengangkat individu berkebolehan daripada setiap komuniti.

 

Pengarah eksekutifnya, Farhana Khera berkata, badan kehakiman yang mencerminkan kepelbagaian negara membantu menjamin pentadbiran undang-undang yang adil, saksama dan penyertaan umat Islam amat penting.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...