MELAKA – Bapa kepada Beregu campuran negara, Goh Liu Ying tetap berbangga dengan pencapaian anaknya walaupun ditewaskan beregu campuran Indonesia yang berlangsung di arena Riocentro, Rio de Janeiro awal pagi Khamis (waktu Malaysia) lalu.
Liu Ying dan Chan Peng Soon telah berjaya meraih pingat perak kedua buat Malaysia selepas beraksi dalam aksi peringkat dalam straight set, 21-14 dan 21-12 di peringkat akhir.
“Bagi pendapat peribadi saya, persembahan Liu Ying pada perlawanan itu adalah terbaik yang pernah saya lihat sepanjang hidup.
“Dia (Liu Ying) bukan saja membuatkan kami berbangga, malah rakyat Malaysia turut merasainya” ujar Goh Chak Wee kepada media selepas majlis penerimaan insentif oleh kerajaan Melaka pagi tadi.
Terdahulu, Peng Soon-Liu Ying mencipta sejarah menjadi beregu campuran pertama negara mara ke final, tetap mampu berbangga apabila pulang dengan pingat perak.- SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW