loading...

Bersih Tidak Hormat Bulan Kemerdekaan

KUALA LUMPUR  – Kumpulan Bersih seolah-olah tidak menghormati sambutan Bulan Kemerdekaan apabila menganjurkan perhimpunan #TangkapMalaysianOfficial1 pada Sabtu ini.

 
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, golongan muda seharusnya berfikir dengan lebih rasional sebelum menyertai perhimpunan tersebut.

 

“Anak muda mesti lihat pada keutamaan dalam hidup mereka dan jangan terikut-ikut dengan budaya yang mencemarkan Bulan Kemerdekaan negara ini,” katanya selepas merasmikan Persidangan Jom Niaga hari ini.

 

Sebelum ini Kumpulan Bersih menyatakan bahawa ia akan mengadakan himpunan itu pada 27 Ogos ini, yang akan dianjurkan oleh beberapa kumpulan belia bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya menahan dan mendakwa

 

“Malaysian Official 1” yang dinamakan dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berhubung dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB). – Utusan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...