loading...

Video : Penukaran Status Tanah Di Selangor Jejas Kawasan Warisan Dunia

KUALA LUMPUR – SAMM menuntut Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar menarik semula kebenaran pembangunan kawasan  Paya Indah Wetland kerana akan memberi kesan negatif terhadap alam sekitar kepada generasi akan datang.

 

Penasihat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telahpun meluluskan penukaran status tanah pertanian (terhad) itu (terletak di kawasan Paya Indah Wetland) kepada kawasan pembangunan yang bakal menjejaskan kawasan warisan dunia tersebut.

 

“Kawasan ini termasuk dalam perjanjian Ramsar, dimana negara terikat untuk mengekalkan Paya Indah Wetland ini kerana atas pelbagai faktor. Penghijrahan burung, kawasan spesis terancam dan sebagainya.

 

“Beberapa dokumen kerajaan telah menyebut dengan jelas bahawa Tanah di Lot 68054 seluas 619 hektar ini terletak di kawasan Paya Indah Wetland, tiba-tiba kini ia telah ditukar,”katanya.

 

Beliau berkata, carian terbaharu mengesahkan status tanah tersebut telah ditukar. Pihaknya kini mendesak campur tangan Kementerian Alam Sekitar dan juga di peringkat kerajaan negeri untuk menarik balik semula pertukaran status tanah ini dan mengekalkan status tanah ini kepada pertanian terhad.

 

Chegubard berkata, sebelum ini tanah tersebut milik sebuah syarikat, Salak Park. Menurut rekod Syarikat ini milik Dato’ Tan Leong Min telah memiliki tanah ini pada tahun 1994 ketika Selangor dibawah Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

 

Semenjak itu Salak Park beberapa kali cuba menukar status tanah tersebut termasuk ketika Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar tetapi ditolak atas alasan tanah ini terletak di kawasan Paya Indah Wetland dan sebarang usaha pembangunan akan menjejaskan kawasan warisan dunia ini. Dibawah 4 Menteri Besar kawasan itu kekal terpelihara dengan alasan sama.

 

Terdahulu, Malaysia telah mengistiharkan 6 kawasan hutan sebagai warisan dunia Ramsar termasuklah Paya Indah Wetland.

 

Ini bererti selain pengekalan suhu, penampan kepada pencemaran dan bencana maka sebarang gangguan kepada Paya Indah Wetland boleh bukan sahaja menjejaskan alam sekitar sekitar tetapi turut mengganggu ekosistem dunia.

 

Kawasan Paya Indah Wetland ini diistiharkan sebagai warisan dunia kerana ia menjadi habitat perlindungan penting spesis terancam yang jarang ditemui malah menurut rekod penghijrahan burung yang berhenti sekali dalam penerbangan hijrahnya di Paya Indah Wetlands.-SuaraTV

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...