KUALA LUMPUR – Pelakon Vanidah Imran, kecewa kerana tidak dapat berandai menerusi teater muzikal Randai ‘Cindua Mato’ yang dipentaskan di Istana Budaya, baru-baru ini.
‘Randai’ merupakan tarian gelombang tradisional masyarakat Minangkabau dari Pagaruyung, Sumatera Barat, mungkin merupakan sesuatu yang asing bagi masyarakat negara ini.
Menurut Vanidah atau lebih mesra dengan panggilan Vee ketika ditemui SuaraTV berkata, ia sudah pasti sebagai ‘platform’ untuknya belajar mengenai kesenian tersebut.
“Kalau ikutkan, setiap pelakon akan berandai dalam bulatan tu.
“Namun, disebabkan kesuntukan waktu dan jadual nak buat latihan dengan aktor dan timing itu akan akan menyukarkan proses itu,”katanya.
Terdahulu, orang ramai berpeluang untuk mengenali keunikan Randai melalui teater muzikal Randai ‘Cindua Mato’ yang diadakan buat julung kalinya di pentas Istana Budaya jumaat lalu.
Teater dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) itu mempertaruhkan barisan pelakon popular termasuk Remy Ishak yang akan memegang watak utamanya iaitu ‘Cindua Mato’, Datuk Jalaluddin Hassan (Rajo Tiang Bungkuk), Datuk Ahmad Tarmimi Siregar (Datuk Bandaro) dan Vanidah Imran (Bundo Kanduang).
Pengarahnya Lokman Ghani berkata, Randai berasal dari perkataan ‘merandai’ yang bermaksud mengarang atau melingkar kawasan lapang dalam bentuk bulatan dan biasanya dipersembahkan dalam loghat Minang di Negeri Sembilan.-SuaraTV