Baru-baru ini, nama Syatilla Melvin telah terpalit dengan perkara negatif apabila ada laman blog yang yang memuat naik kenyataan berbaur fitnah dengan mengaitkan keluarga dan ibu mentuanya.
BACA: Syatilla Melvin, Shaheizy Sam Mahu Anak Cepat
“Bagi saya perkara itu bukan doa sebaliknya satu kenyataan berbaur fitnah. Dalam masa sama ia mengaibkan saya, keluarga dan ibu mentua. Ayat yang digunakan seolah-olah menggambarkan berita kehamilan saya itu mendatangkan masalah besar sedangkan saya belum lagi hamil,” kata isteri kepada pelakon popular Shaheizy Sam ini.
Pautan di Facebook oleh laman iklan peniaga ‘online’
“Saya tahu pihak berkenaan sekadar mahu mengaut untung daripada pengguna apabila ada yang menekan butang ‘klik’ untuk membaca isi kandungan cerita itu. Mereka hanya mahu menipu dan mengaut keuntungan,” jelasnya.
“Saya tahu bukan saya seorang saja yang kena perkara sebegini, tetapi ramai lagi. Mereka sengaja meletakkan tajuk dan kenyataan sebegitu supaya orang boleh membacanya. Cara sedemikian semata-mata nak mempergunakan artis”
“Jadi, saya perlu mempertahankan diri sendiri supaya tidak terus berlarutan sekali gus mengelakkan peminat tertipu,” katanya kepada Harian Metro. (rtky/s)

#hiburan: Macam Rumah Nenek Kebayan Pelajar Un ...

Hanya 10 Minit Masa Skrin, Ramai Dakwa Lisa Guna ...

Sindiket Job Scam Tumpas, Lima Mangsa Diselamatk ...

Dua Bulan Setia Jaga Sampai Akhir Hayat, Lia Natal ...