loading...

Video: Saya Juga Kekal Dalam Umno Kata Mukhriz

Damansara – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir berkata beliau mengambil pendirian yang sama seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus kekal dalam Umno.

 

“Saya bersama dengan pendirian Tan Sri (Muhyiddin Yassin) dan Datuk Seri Shafie Afdal untuk terus kekal berada di dalam Umno.

 

“Kerana pada saya apa yang penting adalah mencari kebenaran dan saya akan terus mengkritik dari dalam parti” katanya ketika sidang media khas yang diadakan sebentar tadi.

 

Terdahulu Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Afdal turut menyatakan untuk terus bersama Umno

 

“Saya adalah ahli Umno dan saya masih Naib Presiden” kata Shafie sebentar tadi.

LAPORAN VIDEO MENYUSUL

Previous
Next Post »
loading...