loading...

Video: Perbuatan Muhyiddin-Muhkriz Tidak Boleh Dimaafkan

GOMBAK – Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, perbuatan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bekas Menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berada dalam perjanjian menandatangani deklarasi semalam, disifatkan sebagai perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

 

Menurut Reezal Merican, dalam parti mesti mempunyai adab yang mesti dipatuhi.

 

“Dalam parti kita mesti ada adab. Saya dalam parti saya terus terang saya tak malu menyatakan bahawa saya ada bersifat kritis terhadap presiden dan timbalan ketika dalam mesyuarat dan bukan saya seorang tapi ramai ahli MT (Majlis Tertinggi) lain yang vokal.

 

Ini kerana kita ada jemaah. Ummah atau jemaah dalam kalangan ahli Umno. Saya selalu bagi contoh macam solat, kita ada imam ada makmum. Kalau imam buat salah sekalipun, memang kita perlu tegur tapi tegur pun dengan adab,” katanya ditemui sejurus selepas majlis Alumni Homecoming 2016 UIA, sebentar tadi.

 

Mengulas mengenai apakah tindakan yang akan diambil oleh Umno selepas ini, katanya perkara itu akan disepakati dengan Setiausaha Agung Umno tetapi tetapi katanya perbuatan kedua mereka (Muhyiddin, Mukhriz) tidak boleh dimaafkan.

 

“Pada saya dia (Muhyiddin) telah digantung, dan telah diputuskan apa juga keputusan yang difikir baik oleh pihak ibu pejabat saya bersedia untuk itu. Saya meletakkan parti yang pertama.

 

“Kalau parti kata pukul 10 malam ni ‘meeting’ saya akan hadir. Untuk memutuskan perkara itu sebagai melalui proses disiplin saya akan pergi,”katanya lagi. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...