KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini memaklumkan Dewan Rakyat akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan kes pertemuan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dengan anak perempuan Sultan Sulu, Jacel Kiram, pada November 2015.
“Kalau saya Nurul Izzah, pasti saya akan lambat-lambatkan persidangan mesyuarat namun kami akan adakan mesyuarat pada sekitar Mac ini, bukan terus panggil (Nurul Izzah).
“Kita akan duduk berbincang dahulu, kemudian lihat apa yang perlu kita buat dan baru kita akan panggil untuk memberi keterangan sepertikita buat dahulu sewaktu kes Datuk Seri NAwar Ibrahim,” katanya ketika sidang media petang tadi.
Awal Disember lalu Dewan Rakyat meluluskan usul merujuk Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ekoran pertemuannya Jacel.
Dalam satu undian, majoriti 105 undi bersetuju dengan usul tersebut manakala 77 daripadanya di kerusi pembangkang mengatakan tidak.
Dengan keputusan itu, Nurul Izzah perlu menjelaskan alasan pertemuannya dengan anak perempuan pemimpin Sulu, Jamalul Kiram III yang bertanggungjawab melakukan pencerobohan di Lahad Datu pada tahun 2013. – SuaraTV