loading...

Video : Nelayan Desak Pulangkan Bot Yang Disita

KUALA LUMPUR – “Hari ini kami mewakili para nelayan, berkumpul ingin menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan Indonesia yang mana sekarang ini ada kalangan pegawai yang diamanahkan kerajaan Indonesia telah mungkar dengan amanah yang telah diberikan,”kata Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus.

 

Beliau berkata, dengan menceroboh perairan Malaysia dan menangkap dan menunda bot nelayan yang sedang menangkap ikan adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan penguatkuasa perikanan Indonesia.

 

Sehubungan itu katanya, pihak nelayan telah mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.

 

“Selepas berbincang, saya akan membuat laporan dan bantuan daripada pihak kerajaan Indonesia untuk membantu permasalahan nelayan-nelayan ini.

 

“Laporan telah dibuat, tetapi saya bimbang laporan ini mungkin tidak sampai kepada pihak atasan jadi anak nelayan yang telah kehilangan bapa ini tidak dapat hak mereka. Saya menerima satu aduan lagi apabila perkara yang sama, tuan punya bot yang disita ini pergi berurusan di Batam dan dia tak boleh balik dan ditahan di sana,”katanya.

 

Beliau berkata, pihaknya akan ke Wisma Putra dan perkara tersebut diberi perhatian.

 

“Ada kemungkinan pihak atasan tidak mendapat maklumat dan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan menindas atau memeras ugut kepada pihak nelayan yang mungkin mereka lihat dan tahu bahawa nelayan mempunyai hubungan dengan pihak atasan, jadi inilah kesempatan oleh pihak yang menyalahguna kuasa ini.

 

“Kami menuntut supaya 3 buah bot ini diberikan keutamaan kerana kami mempunyai bukti kedudukan yang lengkap kedudukan yang telah disahkan oleh jabatan perikanan dimanakah lokasi bot menangkap ikan dimanakah kali terakhir bot ini disita. Kita juga telah pergi ke kawasan bot ini yang telah ditangkap dan mengenal pasti pukat-pukat yang dipotong oleh pihak berkuasa Indonesia.

 

“Pukat tersebut masih berada di posisi perairan negara kita. Ini yang kita minta dan pihak kedutaan berjanji dalam waktu minggu inihari jumaat ini beri surat pada kami apa tindakan yang mereka telah lakukan,”katanya.

 

Terdahulu, sekurang-kurangnya 100 orang nelayan hadir berhimpun bagi menuntut hak dan permasalahan nelayan kepada kedutaan Indonesia.

 

Sehubungan itu, pihak keluarga nelayan hilang yang ditemui berkata pihaknya meminta kedutaan melepaskan ahli keluarganya yang hilang.

 

“Saya minta pihak kedutaan melepaskan adik saya, iaitu bapa kepada budak ini,”kata abang kepada Heng Chi Yong lelaki yang ditahan dan dipenjarakan di Batam, Indonesia.

 

Menurutnya, anak adiknya tidak dapat menahan kesedihan berikutan kehilangan ayah sejak hampir 5 hari lalu.-SuaraTV

 

 

 

 

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...