loading...

Video: Mahathir Enggan Lepas Jawatan Dalam GLC

Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tidak akan melepaskan jawatan dari Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang perlu melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

 

Beliau apabila diajukan soalan wartawan berkaitan statusnya di dalam GLC kerap mengubah perhatian kepada Najib.

 

 

“Kita tidak suruh sesiapa untul letak jawatan dari mana-mana kita cuma minta Datuk Seri Najib berhenti daripada menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam sidang media di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di sini, Jumaat.

 

Dr Mahathir sehingga kini masih memegang jawatan dalam Proton serta Petronas sebagai Penasihat sungguhpun beliau kini sudah tiada kaitan dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN) setelah beliau mengumumkan untuk keluar dari UMNO pada 29 Februari lalu.

 

Beliau yang diajukan soalan samaada akan berkempen bersama pembangkang dalam Pilihan Raya Sarawak akan datang turut berkias kepada pihak media.

 

“Dalam kepala kamu masih ada fikir parti itu, parti ini. Kita bergerak sebagai rakyat. Ada gerakan rakyat, ada gerakan parti,” katanya lagi.

 

Gabungan antara pemimpin-pemimpin pembangkang ini dilihat terlalu gopoh membuat perikatan tidak sepertimana gabungan Pakatan Rakyat antara PAS, DAP dan PKR.

 

Disamping itu, kurangnya sambutan dalam Pakatan Harapan berkenaan isu ini jelas menunjukkan gabungan membentuk deklarasi rakyat ini tidak mencapai kata sepakat yang jelas.

 

Disamping itu, kesediaan Datuk Seri Azmin Ali bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad juga merupakan satu tamparan hebat kepada penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran bersekongkol dengan kumpulan yang meletakkan Anwar dipenjara pada 1998.

 

Deklarasi rakyat yang ditandatangni 58 pemimpin dari pelbagai parti politik termasuk dari UMNO sendiri seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Ahmad Said.

 

Turut menandatangan, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali, Datuk Seri Lim Liong Sik, Lim Kit Siang, Datuk Mahfuz Omar dan pemimpin pembangkang lain.

Previous
Next Post »
loading...