KAKITANGAN kejurulatihan Manchester United yakin Louis Van Gaal akan kekal sebagai jurulatih sehingga kontraknya tamat pada 2017 walaupun kelab itu gagal layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Jurulatih kelahiran Belanda yang mempunyai baki kontrak selama setahun lagi itu dilapor akan digantikan oleh Jose Mourinho pada musim depan.
Bagaimanapun dakwaan itu mungkin tidak akan berlaku kerana jurulatih berusia 64 tahun itu akan hanya dilepaskan selepas kontraknya tamat.
Van Gaal dikatakan mendedahkan perkara itu kepada stafnya selepas perjumpaan dengan Ketua Eksekutif, Ed Woodward dan pemilik kelab, keluarga Glazer.
Berikutan itu, Van Gaal kini telah memulakan usaha membeli pemain baru sebagai persediaan musim depan. – mstar