TEHRAN – Kerajaan Iran berkata, angkatan tenteranya melepaskan dua peluru berpandu balistik dalam ujian terbaharu sekali gus menentang amaran daripada Amerika Syarikat.
“Peluru berpandu jarak jauh Qadr-H dan Qadr-F dilepaskan hari ini…. yang memusnahkan sasaran” sejauh kira-kira 1,400 kilometer, kata media yang memetik Timbalan Ketua Pengawal Revolusi, Jeneral Hossein Salami. – AFP