loading...

Taja Umrah: Islam Jadi Alat Politik KJ Kata Aktivis Umno

Kuala Lumpur – Aktivis Umno, Zaharin Mohd Yassin mempersoalkan tindakan Menteri Belia Sukan, Khairy Jamaluddin membelanjakan tidak kurang daripada RM3 juta untuk menaja rombongan ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian pergi mengerjakan umrah.

 

Zaharin ketika dihubungi SuaraTV meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menjalankan siasatan terhadap sumber kewangan yang digunakan.

 

“Pagi ini hendak bertanya dgn KJ@Khairy Jamalludin, khabarnya 200 orang di taja ke Mekah buat umrah, jika sekali kira kasar tak kurang RM3juta dibelanjakan. Orang ramai tanya Putera Raja Arab mana pula bermurah hati menderma?

 

“Jika tidak SPRM kenalah buat siasatan mana datang punca kewangannya dan UMNO kena buat inkuari kepada Ketua Pemuda UMNO,” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Zaharin turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai menyalahi kod etika Umno kerana mengunakan politik wang.

 

“Kerana itu di kira politik wang dalam kod etika UMNO walau pun bukan dalam musim pemilihan.

 

“Pesan saya di pagi jumaat ini, jangan berpolitik sehingga Islam menjadi alat kepentingan politik, jaga kesucian Islam, jangan sampai tercemar kerana kita,” ujarnya lagi.

 

Terdahulu Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin truut melahirkan rasa kecewa dengan pendekatan Pemuda Umno itu yang mengunakan ibadah suci bagi umat Islam sebagai alat dagangan demi menjaga kepentingan politik dan jawatan.

 

Menurutnya beliu kesal dengan tindakan itu sambil menyifatkan ia sebagai ‘budaya baru’ Umno untuk menjaga kepentingan politik. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...