loading...

Syarat Mahathir Sertai Pakatan, Sokong Bebaskan Anwar Dari Penjara

Kuala Lumpur – Otai Reformis, kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, menetapkan empat syarat pihaknya untuk menyokong pendirian pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang mahu bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

 

Pengerusinya, Saari Sungib dalam satu kenyataan berkata, antara syarat utama adalah mantan perdana menteri itu perlu menyokong pembebasan Anwar yang pernah dipenjarakannya satu ketika dulu.

 

“Kedua, Dr Mahathir juga perlu menyokong segala langkah untuk memulihkan sistem kehakiman.

 

“Ketiga, Dr Mahathir hendaklah menolak semua akta yang masih digunapakai.

 

“Keempat, Dr Mahathir hendaklah berusaha untuk mengembalikan hak rakyat termasuk lambang dan identiti keagamaan mereka,” kata Saari yang kini menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

 

PH sebelum ini menegaskan tetap konsisten dengan pendirian untuk menyingkirkan Najib.

 

Petang ini, Dr Mahathir dijangkan akan menandatangani satu deklarasi bersama pemimpin parti pembangkang menuntut peletakkan jawatan Najib sebagai perdana menteri.

 

Selain Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijangka turut menandatangani deklarasi bersama Dr Mahathir.

Previous
Next Post »
loading...