New York – Stesen kereta api paling mahal di dunia dibuka hari ini, di tapak Pusat Dagangan Dunia yang musnah pada 14 tahun lalu dalam serangan 11 September.
Stesen yang dibina dalam masa 12 tahun, tiada upacara rasmi pada jam 3.00 petang waktu tempatan menandakan pembukaan kemudahan itu kepada pengguna Hab Pengangkutan Pusat Dagangan Dunia terletak bersebelahan tapak Menara Kembar, yang musnah dalam kejadian berkenaan.
Pusat itu menghubungkan laluan kereta api PATH ke New Jersey dengan laluan kereta api bawah tanah New York, menyediakan laluan pejalan kaki tertutup ke menara Pusat Dagangan dan juga menempatkan pusat beli-belah dan restoran.
Bangunan berkenaan, yang direka arkitek berketurunan Sepanyol-Switzerland, Santiago Calatrava dan digelar Oculus, berbentuk bujur menegak yang diperbuat daripada rusuk keluli dan kaca diletakkan secara bujur melintang, menghala ke langit seperti sayap burung.
Ia berukuran 107 meter panjang darab 35 meter pada titik paling luas, menurut laman web Calatrava.
Hari ini cuma sebahagian pembukaan stesen itu dan kedai akan dibuka pada Ogos ini. – AFP