loading...

Sampaikan Salam Saya Pada Anwar – Tun Mahathir

Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali agar menyampaikan ucapan salam beliau kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Dr Mahathir turut menyampaikan terima kasih kepada Anwar atas sokongan yang diberikan bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

 

“Sampaikan salam dan ucapan terima kasih saya pada beliau” ujar Dr Mahathir kepada Azmin sejurus selepas menandatanggani deklarasi bersama untuk mewujudkan gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ sebentar tadi.

 

Terdahulu Azmin memaklumkan kepada Dr Mahathir berhubung sokongan yang diberikan oleh Anwar terhadap gerakan tersebut.

 

“Semalam Sivarasa telah pergi berjumpa dengan Anwar di Sungai Buluh bagi memaklumkan mengenai perkembangan terkini politik tanahair dan beliau bersetuju untuk bekerjasama” kata Azmin ketika memaklumkan kepada Dr Mahathir.

 

Anwar yang berseteru dengan Dr Mahathir sejak 1998 selepas dipecat dari kabinet dan Umno dalam satu kenyataan pada Khamis berkata akan melupakan permusuhan peribadi dengan mantan perdana menteri itu kerana ingin menyelamatkan Malaysia. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...