loading...

#RespectMyPM Trending Di Media Sosial

KUALA LUMPUR: “I am Malaysian. And I #RespectMyPM.”

 

Begitulah ayat yang terpapar pada beberapa poster yang viral di media sosial sebagai kempen untuk menyatakan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

MUA Aen Sa’ari ‏@aensaari 14m14 minutes ago

“Aku tak kata pun Najib tu semua betul tapi aku nak cakap gak yang I #RespectMyPM  maki teruk-teruk pun dia dapat pahala, aku dapat dosa” ujar ‏@aensaari.

 

“#RespectMyPm @NajibRazak saya akan pertahankan pemimpin #sunnahwaljamaah saya! moga Allah pelihara PM saya,” kata ‏@mohdfaizanalias.

 

“Bagi aku.. aku dah hilang respek pada Tun M bila mana dia dulu adalah idola aku.. tapi sekarang nothing to say… #RespectMyPM #PerfectionLovingUnity ,” tulis ‏@mfarhanadnan.

 

“Steady.. #RespectMyPM #KekalNajib,” kata ‏@Abu_Zarf pula.

 

Hashtag #RespectMyPM yang membanjiri Facebook dan Twitter dilihat sebagai usaha untuk membuktikan kepercayaan netizen kepada kepimpinan Najib yang kebelakangan ini menerima pelbagai tekanan termasuklah Deklarasi Rakyat yang ditandatangani lebih 50 orang tokoh politik dan NGO yang mendesak agar Najib meletakkan jawatan.

 

Beberapa gambar dimuat naik dengan slogan di atas bersama dengan bendera semua negeri di Malaysia. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...