loading...

Peragaan Fesyen Dalam LRT Tampil Kelainan

AMPANG: Kelainan dalam pertunjukkan fesyen bakal ditampilkan dalam pertunjukkan fesyen yang akan diadakan di dalam ruang koc kereta api Transit Aliran Ringan (LRT) yang bakal dipertontonkan pada 27 Mac ini.

 

Mengangkat tema ‘Runway Busana Muslimah On The Move 1.0 ini akan menggunakan kereta api laluan Kelana kepada laluan pertunjukkan.

 

Pertunjukkan Fesyen ini akan bermula dari Terminal Kampung Baru dan menghala ke Terminal Masjid Jamek.

 

Pertunjukkan di dalam Koc akan mengambil masa selama lebih kurang 1 jam dan akan berhenti di terminal Masjid Jamek dan melakukan peragaan di situ.

 

Selepas selesai pertunjukkan fesyen tersebut, para model dan pengusaha fesyen akan beramah mesra bersama pengguna LRT dan pendekatan baharu akan digunakan iaitu para model akan ‘berselfie’ bersama pengguna LRT.

 

Pendekatan ini dijangka dapat memberikan pendedahan masyarakat terhadap jenama-jenama yang teribat dalam pertunjukkan fesyen itu.

 

Hazlina Churai Mee yang merupakan penganjur untuk pertunjukkan kali ini berkata, pemilihan Masjid jamek sebagai lokasi pertunjukkan dianggap sebagai kawasan yang strategik.

 

“Kanapa kami pilih Masjid Jamek? disebabkan terminal ini mempunyai paling ramai pengguna dan mempunyai kawasan yang luas dan sesuai untuk pertunjukkan fesyen.

 

Berikutan dari keunikan pertunjukkan fesyen kali ini, beliau turut membuka peluang kepada mana-mana pengusaha fesyen untuk turut sama dalam pertunjukkan kali dengan dengan pakej yang ditawarkan bermula dari RM 600 sehingga RM3799.

 

Sehingga kini, terdapat 5 jenama yang sah menyertai pertunjukkan kali ini iaitu ElleLena, Fiore, Raqtive, Tundung Botol Bondadan Tialacrissa.

 

Dalam pada itu, pada Jun hadapan, satu pertunjukkan fesyen sereperti ini akan dilakukan dan dalam cubaan untuk mencatatkan  pertunjukkan terpanjang didalam koc kereta api di Malaysia yang melibatkan semua laluan LRT yang mengangkat tema ‘Runway Busana Muslimah On the Move 2.0’.

 

Pengusaha fesyen yang berminat menyertai pertunjukkan ini boleh menghubungi Hazlina di laian 019-2188730  ataau Jamal di 011-23876141.

Previous
Next Post »
loading...