loading...

PAS Tak Sokong Kempen Jatuhkan Najib – Takiyuddin

KUALA LUMPUR – PAS berpendirian untuk tidak menyokong kempen menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dibawa Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pimpinan pembangkang kerana matlamat pergerakan itu tidak jelas.

 

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata PAS juga tidak pernah dipanggil berbincang berhubung deklarasi itu, sekali gus enggan terbabit.

 

Katanya, PAS juga tidak bersetuju dengan kaedah yang digunakan kumpulan itu bagi mendesak Najib meletak jawatan kerana percaya masih ada cara lebih baik, iaitu melalui pilihan raya.

 

“Kita perlu tengok bukan hanya pada deklarasi itu sendiri, tetapi apakah tindakan seterusnya oleh kumpulan ini terutama dalam usaha penyingkiran Perdana Menteri.

 

“Mungkin rakyat dan pemimpin lain perlu tahu siapa pengganti Perdana Menteri. Kita percaya dalam proses demokrasi, tindakan usul dalam Parlimen juga sebahagian daripada perkara itu, termasuk usul tidak percaya. Itu sebahagian proses, proses terbaik ialah pilihan raya ke-14,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.

 

Ketika ditanya tindakan terhadap pimpinan PAS yang hadir pada pengisytiharan deklarasi itu, Takiyuddin berkata, PAS akan memanggil mereka untuk mendapatkan penjelasan.

Previous
Next Post »
loading...