BETHLEHEM – Pertubuhan bukan kerajaan Hak Asasi Manusia Palestin, Al-Haq melaporkan telah menjadi sasaran ugutan dalam tempoh enam bulan ini berakhir dengan satu ugutan bunuh.
Al-Haq merupakan sebuah organisasi bebas yang berpengkalan di Ramallah yang telah mendokumenkan pelanggaran hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki sejak 1979.
Menurut organisasi itu mereka telah menerima pelbagai bentuk serangan sejak penubuhannya dan menghadapi semakin banyak ancaman dan percubaan untuk mencemarkan reputasinya sejak September lalu.
Beberapa mesej tanpa nama telah dihantar kepada penderma Al-Haq dan kakitangan dengan tuduhan rasuah dan penipuan.
Ugutan tersebut dilaporkan meningkat pada hujung Februari setelah Al-Haq melaporkan dua kakitangannya termasuk pengarah, Shawan Jabarin yang menerima panggilan daripada pihak tidak dikenali
Al-Haq dalam kenyataan berkata, mereka telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa dan siasatan telah dijalankan sambil menambah bahawa mereka yakin pihak Israel terlibat dalam perkara tersebut.
Bagaimanapun, organisasi itu berikrar untuk tetap teguh dalam menghadapi serangan dan ugutan yang disasarkan kepada mereka.
Pihak berkuasa Israel telah melarang perjalanan Jabarin, pengarah Al-Haq sejak 2006 dengan dua pertuduhan bahawa Jabarin menjadi ancaman keselamatan.- Agensi