loading...

Muhyiddin Timbalan Yang Bebal Kata Pegawai Khas Rosmah

Kuala Lumpur – Pegawai Khas Isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin sebenarnya tidak pernah berminat untuk mendengar sebarang jawapan berhubung isu-isu yang dibangkitkan sebelum ini.

 

Menurut Rizal melalui satu kenyataan yang dikirimkan kepada SuaraTV sebentar tadi, Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatan itu juga tidak tidak pernah beminat untuk mengambil tahu mengenai jawapan yang telah dijelaskan sebelum ini.

 

“Tan Sri Mahyuddin cakap soal orang datang kepada beliau untuk tanya mengenai skandal Najib dan isteri, saya sendiri telah menerangkan segala isu besar berkaitan Isteri PM semenjak sebelum PRU13 hingga sekarang, antara isu yang besar adalah isu cincin majlis perkahwinan anak.

 

“Saya telah jelaskan dan jawab satu persatu fitnah-fitnah yang dilemparkan, beri ceramah terbuka, buat kenyataan media dan juga penjelasan tertutup kepada beberapa tingkat pimpinan UMNO dan Wanita dan rata-rata mereka menerima dan berpuas hati dengan jawapan saya.

 

“Begitu juga dengan isu-isu lain yang telah diberikan penerangan secara terperinci (namun) saya tidak pasti Mahyuddin sebagai Timbalan Presiden parti pada ketika itu tidak berminat untuk mendengar atau tidak pernah ambil tahu mengenai jawapan yang diberikan,” katanya memetik kenyataan tersebut.

 

Rizal turut menjelaskan tindakan Perdana Menteri dan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang mengambil tindakan terhadap beliau adalah satu tindakan yang tepat.

 

“Maka Mahyuddin tidak boleh menyalahkan sesiapa apabila beliau gagal memberikan jawapan mengenai fitnah-fitnah tersebut disebabkan sikap beliau sendiri yang tidak mahu ambil peduli mengenai jawapan yang diberikan. Beliau lebih suka ambil pendekatan membiarkan sahaja Presiden dilanda segala fitnah. Mungkin itu lebih baik untuk kepentingan politik beliau.

 

“Adalah satu langkah tepat apabila PM memilih untuk menggugurkan timbalan beliau (kerana) mengapa perlu ada seorang Timbalan yang bebal jika isu 1MDB yang telah diterangkan panjang lebar dalam kabinet pun beliau tak faham (namun) memilih untuk faham apa yang ditulis dalam The Edge,” ujarnya lagi. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...