loading...

“Kami Akan Main Politik Hingga Akhir Hayat” – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli AMANAH akan terus berpolitik sehingga ke akhir hayat mereka, tegas Presidennya Mohamad Sabu (Mat Sabu) menjawab titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

 

YDP Agong sewaktu menyampaikan ucapan titah bagi merasmikan pembukaan Parlimen ke-13 semalam menitahkan semua wakil rakyat supaya berhenti bermain politik, dan meraikan perbezaan pendapat dalam kalangan mereka, bukannya saling memfitnah dan menumbangkan sesama sendiri.

 

“Kita merupakan sebuah parti politik. Kita perlu main politik hingga ke akhir hayat kami. Kami ahli politik, bukan NGO (badan bukan kerajaan),” kata Mat Sabu.

 

Agong turut bertitah pentadbiran kerajaan sedia-ada diteruskan supaya matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dapat dizahirkan.

 

Mengulas titah itu, Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata Agong hanya membacakan ucapan titah yang disediakan kerajaan.

 

“Ucapan titah Agong itu (disediakan) oleh kerajaan,” katanya di sidang media Pakatan Harapan di Parlimen semalam.

 

Sementara itu, ketika ditanya titah Agong kepada ahli politik supaya henti mengaibkan negara ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata “bukan kami yang mengaibkan negara.” – FMT

Previous
Next Post »
loading...