loading...

Jerebu Masih Belum Sampai Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengakui Malaysia masih lagi selamat daripada ancaman jerebu yang berpunca daripada kebakaran hutan di wilayah Riau, Sumatera, Indonesia ketika ini.

 

Beliau berkata, situasi ini adalah kerana kitaran angin Monsun Timur Laut masih berjaya menghalang asap pencemaran itu daripada merentasi negara.

 

“Saya masih menunggu maklumat lanjut daripada kerajaan Indonesia mengenai kebakaran yang berlaku di Riau dan juga keadaan jerebu di Kali­mantan sekiranya ada.

 

“Bagaimanapun, berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi, Malaysia ke­tika ini masih selamat daripada jerebu tersebut kerana kitaran angin tidak membawanya ke sini,” katanya memetik laporan Kosmo.

 

Wan Junaidi memberi­tahu, sekiranya kitaran angin kembali berubah seperti yang berlaku pada Ogos tahun lalu, masalah jerebu mungkin akan kembali melanda Malaysia.

 

Kelmarin, wilayah Riau di barat Indonesia telah mengisytiharkan darurat ekoran kebakaran hutan di kepulauan Sumatera.

 

Kira-kira 500 anggota tentera dan helikopter yang membawa bom air telah dikerahkan ke titik-titik panas untuk membantu me­ngawal kebakaran meskipun asap masih belum sampai ke kawasan bandar.

 

Kebakaran hutan yang saban tahun mencetuskan krisis jerebu di Asia Tenggara, merebak di luar kawalan di beberapa wilayah Indonesia pada tahun 2015.

Previous
Next Post »
loading...