MIAMI – Seorang budak lelaki empat tahun menembak bahagian belakang ibunya secara tidak sengaja, menyebabkan peminat senjata itu cedera teruk dan berhadapan kemungkinan didakwa, kata polis.
Penyokong tegar kebebasan penggunaan senjata, Jamie Gilt, 31, yang sehari sebelum itu bercerita mengenai kehebatan anaknya di online, ditembak pada Selasa.
“Siasatan kami mendedahkan senjata api itu dimiliki secara haram oleh mangsa dan kanak-kanak itu mengambil ia tanpa pengetahuan ibunya,” kata Pejabat Sherif Putnam dalam satu kenyataan.
Gilt, yang kini dalam keadaan stabil, cedera teruk sehingga polis tidak dapat menyoal siasat beliau.
Namun memberi amaran Gilt berhadapan tindakan polis selepas mengetahui bagaimana budak lelaki itu mendapat senjata berkenaan.
Pistol .45 kaliber itu ditemui anak lelaki Gilt di atas lantai sebuah trak pikap. – AFP