loading...

IS Cuba Perluas Fahaman Di Mindanao-Murad Ebrahim

SERI KEMBANGAN : Beberapa usaha menerapkan fahaman Kumpulan Militan Negara Islam (ISIS) di Mindanao telah dikenal pasti kata Pengerusi Organisasi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim.

 

Menurut beliau, ISIS cuba mengambil kesempatan terhadap kegagalan usaha menamatkan pemberontakan kumpulan pemisah Islam yang telah berlaku sejak berdekat di Wilayah Selatan Mindanao.

 

“Kini kami agak bimbang bahawa mereka (IS) boleh mengambil kesempatan daripada ini, kerana sentimen rakyat di kawasan itu kini sangat kuat.” Ujarnya kepada wartawan ketika sidang media di sini tadi.

 

Tambah beliau lagi, mereka akan memfokuskan kepada proses pendamaian yang merupakan satu medium penyelesaian kepada masalah politik.

 

“Kita tidak boleh benar-benar meninggalkan perjuangan bersenjata, tetapi kita sentiasa percaya kita perlu memberikan ketuanan, keutamaan kepada proses damai kerana kami percaya penyelesaian kepada masalah ini masih politik.

 

“Selagi proses damai mempunyai peluang untuk bergerak ke hadapan maka kita tidak mahu kembali kepada keganasan lagi.” katanya.

 

Terdahulu, keganasan telah melanda selatan Filipina selama beberapa dekad semasa pemberontakan pemisah Islam yang telah meragut 120,000 nyawa.

 

 

Previous
Next Post »
loading...