Washington – Calon presiden Republikan Amerika Syarikat (AS), Ben Carson secara rasmi mengakhiri perjuangannya ke Rumah Putih selepas gagal meraih kemenangan awal di mana-mana negeri menjelang pilihan raya November ini.
“Ramai orang menyayangi saya, mereka hanya tidak akan mengundi untuk saya,” kata Carson dalam ucapan di Persidangan Tindakan Konservatif Politik.
Rabu lalu, Carson berkata beliau tidak nampak laluan politik yang jelas dalam kempen pencalonan parti dan tidak menghadiri perbahasan Republikan di Michigan, Khamis lalu. – Reuters